Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
6HB SEPTEMBER 2017 - “PROGRAM PERKHIDMATAN MESRA PELANGGAN” [2PMP]

Bandar Seri Begawan, 06 September 2017 - Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam telah melaksanakan  Bengkel Program "Perkhidmatan Mesra Pelanggan" [2PMP] yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam [IPA].


Bengkel 2PMP merupakan salah satu inisiatif Si27 Business and Public Facilitating Programs, Civil service Framework [CSF] / Rangka Kerja Perkhidmatan Awam [RKPA] bagi mendokong aspirasi Wawasan 2035 yang antara lain bertujuan untuk mengukuhkan dan mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadap pemberian perkhidmatan yang disediakan oleh Agensi Kerajaan bagi memudahcara aktiviti pertumbuhan ekonomi negara dan orang ramai. Salah satu mekanisme bagi mendokong usaha tersebut ialah memastikan agensi-agensi kerajaan meningkatkan kualiti pemberian perkhidmatan pelanggan terutama di kaunter-kaunter perkhidmatan.

 


Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi Pertama telah diadakan pada hari Selasa 02 Mei hingga Khamis, 04 Mei 2017 [3hari] dan sesi kedua diadakan pada hari Isnin, 04 September hingga Rabu, 06 September 2017 [3 hari]. Bengkel ini menyasarkan kepada agensi kerajaan yang banyak berurusan dengan orang ramai iaitu sebanyak 34 agensi kerajaan yang telah dikenalpasti. Para peserta terdiri daripada Penyelia dan Petugas Kaunter Perkhidmatan. 


Disepanjang bengkel ini, para peserta diberikan taklimat dan aktiviti yang bersesuaian dengan pemberian perkhidmatan pelanggan. Para peserta juga dibawa melawat ke DST Headquater dan cawangan DST di Airport Mall serta di Giant Rimba untuk melihat lebih dekat pemberian perkhidmatan pelanggan di sektor swasta. Ini termasuk hal ehwal pengurusan, pemantauan petugas kaunter, Key Performance Indicator [KPI], tatacara pengendalian aduan dan cara meningkatkan prestasi pekerja. 




Attachments