Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
23 - 25HB OKTOBER 2017 - WOKSYOP ACCSM LEADERSHIP

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL

ASEAN COOPERATION ON CIVIL SERVICE MATTERS | ACCSM

WORKSHOP ON LEADERSHIP FOR MANAGERS: INCITING THE LEADERSHIP IN YOU,

 23 – 25 OKTOBER 2017


Bandar Seri Begawan, 25 Oktober 2017 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah mengadakan woksyop on Leadership for Managers: Inciting the Leadership in You pada 23 – 25 Oktober 2017 yang bertempat di Dewan Ittisal, IPA, Rimba. Woksyop ini adalah salah satu program di bawah ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) Work Plan 2016-2020 untuk dikendalikan oleh Negara Brunei Darussalam dan MSD selaku Fokal Poin. Seramai 23 peserta telah mengikuti woksyop berkenaan termasuk 10 pegawai dari negara Kemboja, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand (dua dari setiap negara) dan 13 orang pegawai dari Negara Brunei Darussalam.


Objektif utama woksyop ini adalah untuk membantu pengurus menjadi pemimpin yang efektif melalui penganalisaan gaya kepimpinan dan mewujudkan strategi yang berkesan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam kepimpinan. Woksyop ini juga membolehkan para peserta membina organisasi dan institusi Kerajaan yang berdaya tahan, dipercayai dan future-ready, dan mampu menangani cabaran dan kerumitan baru. Kepimpinan yang efektif dapat memastikan perkhidmatan awam ASEAN merangkul prinsip tadbir urus yang baik seperti berorientasikan citizen-centricity, berkongsi pengetahuan dalam bidang pentadbiran awam untuk kepentingan bersama.


Sepanjang woksyop diadakan, peserta didedahkan kepada amalan terbaik dan mengongsi pengalaman mengenai dengan kepimpinan disamping menyampaikan kertas negara bertajuk Leading in a V.U.C.A (Volatile, Uncertain, Complex, Ambigious) World oleh wakil-wakil yang turut serta. Selain itu, peserta-peserta ini juga dibawa melawat ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Muzium Teknologi Brunei, Muzium Brunei Maritim dan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja.


 

Seterusnya, Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan kepada 23 peserta tersebut telah diadakan pada 25 Oktober 2017. Tetamu kehormat bagi Majlis tersebut ialah Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan juga dihadiri oleh Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Pemangku Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pengurusan dan wakil daripada Kedutaan Republik Filipina.


Pemudahcara program tersebut ialah Dr Hajah Mona Yati binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohd Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Learning and Growth Company, yang menyampaikan program pembelajaran dan pertumbuhan berasaskan kompetensi yang berkualiti. Beliau adalah Profesional Jurulatih Bersertifikat (CTP) dan Bakat dan Profesional Kecekapan yang disahkan (CTCP) yang dianugerahkan daripada organisasi latihan dan pembangunan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Attachments