Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
6 NOVEMBER 2017 - ASEAN COOPERATION ON CIVIL SERVICE MATTER - ACCSM THE 2ND HEADS OF CIVIL SERVICE (AHOCS) RETREAT AND THE “CIVIL SERVICE INSTITUTE LEADERSHIP SERIES: FORUM ON INNOVATION LEADERSHIP”

Bandar Seri Begawan, 06 November 2017 – Negara Brunei Darussalam telahpun menerima jemputan untuk menghadiri "The 2nd Heads of Civil Service (AHOCS) Retreat and the Civil Service Institute Leadership Series: Forum on Innovation Leadership" yang telah diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 02 hingga 03 November 2017 di Conrad Hotel, Manila, Republik Filipina. Mesyuarat Retreat ini adalah salah satu mesyuarat di bawah ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM).

 

ACCSM telahpun ditubuhkan pada tahun 1981 dengan tujuan menjadi satu platform bagi penukaran maklumat serta berkongsi pengalaman dalam meningkatkan perkhidmatan awam di Negara-negara ASEAN. Negara Brunei Darussalam telahpun menjadi ahli penuh dalam ACCSM in pada 1984 dengan melantik Jabatan Perkhidmatan Pengurusan sebagai fokal.

 

The 2nd AHOCS Retreat ini telah dihadiri oleh Ketua-ketua Perkhidmatan Awam ASEAN dengan tujuan untuk membincangkan mengenai perancangan dan strategi dalam mengimplementasikan ASEAN Declaration on the Role of Civil Service as a Catalyst for Achieving the ASEAN Community Vision 2025 yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara ASEAN semasa 30th ASEAN Summit di Manila, Republik Filipina. Negara Brunei Darussalam telahpun diwakili oleh dua (2) delegasi iaitu Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan.

 

Berikutan dari Mesyuarat Retreat berkenaan, para delegasi ASEAN telah menghadiri The Civil Service Institute Leadership Series: Forum on Innovation Leadership dan diakhiri dengan menreviu draf pembukuan ASEAN Civil Service Coffee Table Book.

Attachments