Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
29 NOVEMBER 2017 - TAKLIMAT MENGENAI PENCAPAIAN KEPUASAN HATI PELANGGAN (CUSTOMER SATISFACTION)

Commonwealth Drive, Kementerian Kesihatan, 29 November 2017 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telah mengadakan sesi perkongsian taklimat mengenai tahap kepuasan hati pelanggan di Kementerian Kesihatan.


Sesi perkongsian ini adalah untuk menerangkan objektif pelaksanaan Kaji Selidik Tumpuan Pelanggan (KSTP) yang dijalankan oleh MSD di bawah inisiatif Rangka Kerja Perkhidmatan Awam (RKPA) atau Civil Service Framework (CSF) iaitu pelaksanaan reformasi dasar dan peraturan. Key Performance Indicator (KPI) bagi objektif ini adalah peratus tahap kepuasan hati pelanggan. Beberapa agensi telah terpilih bagi pelaksanaan KSTP ini dan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan merupakan salah satu agensi yang terlibat. Selain itu, taklimat berkenaan juga mengongsikan penglibatan agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan yang terlibat sejak tahun 2011. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dayang Sarilelawati binti Haji Md Yussof, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan.


Turut hadir semasa sesi perkongsian ini adalah Timbahan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Awang Haji Hazri bin Haji Kifle, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan MSD. Acara ini berlangsung di Dewan Al-'Afiah di Kementerian Kesihatan.

 

 




Attachments