Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam

​​

PENGENALAN


Program Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) adalah merupakan salah satu usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan Pentadbiran Awam Negara Brunei Darussalam.

Selaras dengan matlamatnya, program ini juga penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan khusus bagi kementerian-kementerian dan jabatan–jabatan kerajaan yang berhasil melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam.

ACPA telah mula diperkenalkan pada tahun 1993 dan diadakan setiap tahun.  Pada tahun 1996, penyertaan bagi ACPA telah dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori Penyampaian Perkhidmatan dan Kategori Kewangan. Pada tahun 1998, ACPA telah mula diadakan setiap dua (2) tahun sekali.   Bermula pada tahun 2014, penyertaan ACPA telah melalui beberapa perubahan termasuklah memperkenalkan dua (2) kategori iaitu Kertas Program / Projek dan Kertas Gagasan /Cadangan yang dibukakan kepada kementerian / jabatan, pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam secara individu, kumpulan dalam perkhidmatan awam, pihak swasta dan orang ramai.


RASIONAL

ACPA adalah salah satu strategi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengetengahkan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan. Ia berperanan sebagai inisiatif untuk mempergiatkan lagi peranan sektor kerajaan sebagai penyedia kemudahan, pemudahcara, pengawalatur dan pelaksana dasar.


MATLAMAT

  • Menggalakkan inovasi dalam urustadbir baik (good governance) perkhidmatan awam;
  • Menghargai keunggulan / kecemerlangan dalam sektor awam;
  • Memotivasi penjawat awam untuk lebih mempromosikan / menggalakkan inovasi;
  • Meningkatkan profesionalisma di dalam perkhidmatan awam;
  • Meningkatkan imej perkhidmatan awam; 
  • Mengumpulkan dan menyebarkan praktis-praktis yang berjaya untuk dicontohi agensi-agensi sektor awam yang lain; dan
  • Menggalakkan penyertaan orang awam dan sektor swasta dalam menyumbangkan ide ke arah pembaikan dan pembaharuan perkhidmatan awam.

FAEDAH

  • Peningkatan kecekapan dan  keberkesanan organisasi serta pegawai/ kakitangan
  • Peningkatan prestasi, kualiti dan produktiviti
  • Peningkatan kepuasan hati pelanggan
  • Peningkatan hasil pendapatan
  • Peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan
  • Penjimatan kewangan
  • Penjimatan masa dan tenaga kerja​