Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUrusetia Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam

 

Latarbelakang

Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JPPA) ditubuhkan pada 16 November 1991

Penubuhan JPPA adalah bagi menggantikan Jawatankuasa Produktiviti Negara Brunei Darussalam

JPPA merupakan mekanisme bagi Rancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam ( Civil Service Review Programme [CSR] ) yang telah diperkenalkan dalam tahun 1990.

 

Matlamat JPPA

Untuk membina Perkhidmatan Awam yang cekap, berkesan, responsif, progresif, inovatif dan dinamik selaras dengan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21, tuntutan-tuntutan, kehendak-kehendak persekitaran, pelanggan-pelanggan dan Negara.

 

Keahlian

  • Pengerusi : Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri
  • Timbalan Pengerusi I : Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
  • Timbalan Pengerusi II : Timbalan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri
  •  Ahli :
    • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
    • Juruaudit Agung
    • Ketua Pengarah Kerja Raya
    • Pengarah Institut Perkhidmatan Awam
  • Setiausaha : Pengarah Perkhidmatan Pengurusan


Tugas dan Tanggungjawab JPPA

  1. Mengenalpasti dan membincangkan rancangan-rancangan, langkah-langkah, strategi-strategi, konsep-konsep dan idea-idea pembaharuan dan penambahbaikan yang difikirkan dapat memajukan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengurusan serta produktiviti dalam Perkhidmatan Awam;
  2. Mempertimbangkan idea-idea dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh mana-mana agensi serta memberikan input dalam usaha-usaha untuk memperbaharui dan menambahbaikkan lagi mutu perkhidmatan dan pengurusan Perkhidmatan Awam;
  3. Memperakukan rancangan-rancangan pembaharuan dan penambahbaikan yang dilaksanakan yang memperolehi kejayaan cemerlang seterusnya membenarkan untuk didokumentasi bagi dikongsikan bersama dengan semua kementerian / jabatan;
  4. Memastikan pemantauan dan tindakan susulan dan berterusan ke atas rancangan-rancangan dan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan;
  5. Memberi panduan mengenai pelaksanaan rancangan-rancangan dan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan dalam Perkhidmatan Awam;
  6. Merancang dan menyediakan insentif bagi memberkesankan lagi pelaksanaan rancangan-rancangan dan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan;
  7. Memastikan penyampaian perkhidmatan dikendalikan dengan berkualiti, penuh pemedulian, cekap dan berkesan;
  8. Memastikan maklumat-maklumat berkaitan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan dibidang pengurusan dan pentadbiran disebarluaskan;
  9. Mengadakan perjumpaan-perjumpaan / lawatan-lawatan ke kementerian / jabatan / agensi-agensi berkenaan bagi mendapatkan maklumbalas mengenai perlaksanaan civil service wide programs / projects;
  10. Mengarahkan Urusetia bagi mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.


Tugas dan Tanggungjawab Urusetia JPPA

  1. Mengawas, menyelaras, memantau dan memastikan perlaksanaan rancangan-rancangan, langkah-langkah, strategi-strategi, konsep-konsep dan isu-isu pembaharuan dan penambahbaikan yang dipersetujui untuk dilaksanakan;
  2. Mengendalikan penelitian, penyelidikan dan seterusnya menyediakan kertaskerja ke atas satu-satu rancangan / projek / isu yang dipersetujui untuk dibincangkan oleh Jawatankuasa sama ada bagi rancangan / projek / isu baru atau bagi rancangan / projek /isu yang memerlukan penelitian semula;
  3. Menyediakan khidmat pakar runding dan latihan yang diperlukan dalam memastikan perlaksanaan rancangan-rancangan pembaharuan dan penambahbaikan yang dipersetujui;
  4. Menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh Jawatankuasa;
  5. Mendokumentasikan rancangan-rancangan / program-program / projek-projek pembaharuan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan dan mencapai kejayaan dalam Perkhidmatan Awam;
  6. Menyediakan maklumat mengenai konsep-konsep dan idea-idea pembaharuan dan penambahbaikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam;
  7. Melaporkan perkembangan perlaksanaan rancangan / program / projek pembaharuan dan penambahbaikan yang telah dipersetujui oleh JPPA untuk dilaksanakan di kementerian / jabatan;
  8. Menyediakan laporan tahunan Jawatankuasa.

 

Statistik