Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Linksppp3psa

​Pelaksanaan Program Penggredan Prestasi Sektor Awam​ (3PSA) Melalui Penarafan Bintang​​​​



Bermula April 2016, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telah melaksanakan penilaian 3PSA secara formal ke atas beberapa jabatan kerajaan yang telah dikenal pasti banyak berurusan dengan orang ramai. Pelaksanaan penilaian ini dibahagikan kepada beberapa peringkat, dan untuk tahun kewangan 2016/2017 ini, MSD telah memilih 10 jabatan untuk dinilai. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada tahap pencapaian 
Self-Assessment 3PSA yang telah dilaksanakan oleh jabatan-jabatan berkenaan sebelum ini dimana jabatan yang mencapai tahap bintang yang tertinggi untuk diutamakan bagi memberi ruang jabatan yang tahap pencapaian rendah melaksanakan penambahbaikkan ke atas jabatan masing-masing terlebih dahulu. Oleh itu, pihak MSD telah / sedang menjalankan penilaian ke atas 3 jabatan sejak penilaian ini dilaksanakan pada bulan April 2016 yang lalu.

 

Pencapaian daripada penilaian tersebut akan dimaklumkan kepada jabatan yang dinilai setelah mendapat pengesahan dari Jawatankuasa Khas Penilaian Penggredan Prestasi Sektor Awam [3PSA] Melalui Penarafan Bintang.

 

Dengan terlaksananya penilaian 3PSA diharap akan memberikan impak yang positif terhadap Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam, menggalakkan pendekatan results oriented dan persaingan sihat antara agensi kerajaan, meningkatkan motivasi dan mendorong budaya kerja berpasukan dikalangan warga Perkhidmatan Awam.

 

Maklumat lanjut dan Garis Panduan 3PSA boleh diperolehi melalui laman sesawang MSD, http://www.msd.gov.bn dan sebarang pertanyaan mengenai 3PSA bolehlah menghubungi MSD melalui e-mel, info.msd@msd.gov.bn atau talian telefon 2382064/5/6.