1.                   LATARBELAKANG

 

1.1

 “Roadshow” mengenai Manual Prosedur Kerja telah dikendalikan bersama oleh Jabatan Oerkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Ppengurusan pada 31 Januari 2000 hingga 3 Februari 2000 bertempat di Institut Perkhidmatan Awam.

 

1.2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.3

 Surat dan memorandum Jabatan Perkhidmatan Awam yang ditujukan kepada Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan bertarikh 15 Muharam 1421 / 20 April 2000 telah memaklumkan bahawa:

 

    i. Jabatan Perkhidmatan Awam telah diberikan tanggungjawab bagi membuat pemantauan dalam penyediaan dokumen Manual Prosedur Kerja Kementerian / Jabatan.

 

    ii. Jabatan Perkhidmatan Pengurusan berperanan selaku pemberi khidmat nasihat dalam penyediaan dokumen berkenaan.

 

Pada masa ini, kerja-kerja pemantauan dan khidmat nasihat dalam penyediaan dokumen berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

 


 

2.         DEFINISI

 

2.1

 Manual Prosedur Kerja dimaksudkan sebagai:

 

 

a)    Dokumen rujukan dan panduan rasmi di pegawai dan kakitangan mengenai misi, visi, objektif, fungsi dan proses kerja organisasi.

 

b)   Alat Latihan bagi pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat atau ditukarkan ke agensi lain.

 


3.                OBJEKTIF

 

 3.1

Objektif perlaksanaan Manual Prosedur Kerja ini diwujudkan dalam Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam untuk:

 

a)     Membantu mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan, prestasi, produktiviti dan kualiti pegawai / kakitangan dan Kementerian / Jabatan.

 


 

 4.                CIRI-CIRI UTAMA MANUAL PROSEDUR KERJA

 

 4.1

Terdapat 8 Ciri Utama yang terkandung dalam dokumen Manual Prosedur Kerja iaitu:

 

i.        Latarbelakang Kementerian/Jabatan

         

Latarbelakang mengandungi catatan sejarah dan rasional penubuhan sesebuah kementerian dan jabatan dan hendaklah mempunyai:

 

a.       Tujuan penubuhan organisasi.

b.      Matlamat penubuhan organisasi.

c.       Nyatakan sebarang Akta/ Undang-undang yang terkandung dalam penubuhan  organisasi.  Contoh seperti di Rajah 1.

 

 

Rajah 1:  Latarbelakang:   Jabatan Perkhidmatan Pengurusan

 

*       1 Januari 1982

      Unit Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perjawatan ditubuhkan

 

*        1 September 1986

Unit Perkhidmatan Pengurusan ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri.

 

*        1 Januari 1990

Unit Perkhidmatan Pengurusan dipertingkatkan tarafnya menjadi  Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Keselamatan Kerajaan.

 

*        1 Ogos 1993

Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Keselamatan Kerajaan diubah gelarannya menjadi Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

 

 


 

 ii.     Objektif Kementerian/Jabatan

 

Objektif organisasi merupakan kenyataan penting mengenai tujuarah, perancangan, penilaian keberkesanan prestasi dan strategik jangakamasa pendek dan jangka panjang organisasi. Contoh seperti di Rajah 2.

 

 

Rajah 2:  Objektif:   Jabatan Perkhidmatan Pengurusan

 

*     Meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan prestasi pengurusan;

*     Menjimatkan perbelanjaan;

*     Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan;

*     Meningkatkan kualiti dan produktivti; dan,

*     Memantau pelaksanaan Tekad Pemedulian Orang Ramai

 

 

 


 

iii.   Carta Organisasi Kementerian/Jabatan

 

a.       Carta organisasi menggambarkan struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah organisasi.

 

b.      Struktur atau carta organisasi dapat membantu pihak penurusan membuat perancangan seperti:

 

i.        Penambahan atau pengurangan pegawai dan kakitangan.

 

ii.      Pembesaran fungsi-fungsi bagi organisasi.

 

iii.    Perancangan latihan pegawai dan kakitangan; dan,

 

iv.    Saluran maklumat-maklumat pengurusan.

 

c.       Carta organisasi boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan yang berlaku dalam sesebuah organisasi.

 

 

Rajah 3:  Carta Organisasi: Jabatan Perkhidmatan Pengurusan

 

 

 

 

 

 

 


 

iv.        Fungsi Utama Kementerian/Jabatan

 

Fungsi utama menunjukkan tugas-tugas utama yang dijalankan bagi membolehkan organisasi mencapai objektif penubuhannya. Fungsi-fungsi utama bergantung kepada jenis-jenis aktiviti yang merupakan kegiatan biasa (common activity) organisasi.

 

 

Rajah 4:  Fungsi Utama / Peranan:   Jabatan Perkhidmatan Pengurusan

 

Penggerak utama dalam membawa perubahan dan pembaharuan, pakar runding, pemudahcara dan penasihat dalam bidang pengurusan.

 

 


 

v.     Aktiviti kerja bagi fungsi-fungsi utama

 

Aktiviti merupakan kerja-kerja yang dijalankan dibawah fungsi utama. Pelaksanaan sesuatu aktiviti itu melibatkan tenaga, manusia, peralatan, bahan, masa dan kos. Sila lihat contoh Rajah 5.

 

Rajah 5:  Aktivit kerja:   Unit Pentadbiran, Bahagian Korporat dan Hal Ehwal Antarabangsa,Jabatan Perkhidmatan Pengurusan

 

 

Bil:

 

AKTIVITI KERJA

 

1.

 

Catat Rekod Servis

 

2.

 

Permohonan Cuti Tahunan / Mandatori

 

3.

 

Permohonan Keluar Negeri Tanpa Cuti

 

4.

 

Permohonan Elaun Cuti Tambang

 

5.

 

Permohonan Untuk Mendapatkan Elaun Rumah ke Pejabat

 

6.

 

Permohonan Tuntutan Pembayaran Balek Sewa Bulanan Telefon

 

7.

 

Mengendalikan Mesyuarat-mesyuarat

 

8.

 

Perubahan Cuti Yang telah Diluluskan

 

9.

 

Permohonan Eluan Pelajaran

 

10.

 

Permohonan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

 

 


vi.        Proses Kerja bagi aktiviti-aktiviti utama

 

a.       Proses kerja ialah rangkaian tindakan yang diambil secara berturutan mengikut proses kerja yang ditetapkan dengan menyenaraikan secara jelas akan tindakan yang akan  dilaksanakan. Proses kerja yang jelas dapat:

 

i.        mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas.

ii.      memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa menjalankan tugas.

iii.    membantu kerja penyeliaan.

iv.    memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila pengemaskiniaan diperlukan.

v.      mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang.

vi.    memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru.

vii.  mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai.

viii.memudahkan dan melicinkan urusan harian pejabat.

ix.     menjamin pencapaian kualiti kerja melalui ‘standard’ kerja yang telah ditetapkan.

 

b.      Tindakan-tindakan bagi menyediakan proses kerja adalah seperti berikut:

 

i.        Semak senarai aktiviti bagi mengenal pasti jenis-jenis aktiviti yang memerlukan penyediaan proses kerja.

ii.      Sediakan turutan untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

iii.    Mula dengan perkataan ‘perbuatan’ bagi menyenaraikan setiap proses.

iv.    Senaraikan jawatan pegawai yang perlu mengambil tindakan ke atas lengkah-langkah yang berkenaan. Contoh seperti di Rajah 6.

 

Rajah 6:  Proses Kerja:   Permohonan Keluar Negeri Tanpa Cuti; Unit Pentadbiran, Bahagian Korporat dan Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan

   

Bil.

Proses Kerja

Pegawai Tindakan

 

1.

 

Terima borang pemohon melalui Ketua Bahagian. Lampiran A

 

Perhatian:

Pegawai/kakitangan hadir majlis rasmi seperti Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 11/1999 bertarikh 22/7/1999. (Lampiran B)

 

 

Kerani Tingkatan II

 

2.

Ambil Fail Persendirian

*     Jika Ada, keluarkan dan terus ke proses 3

*     Jika Tidak ada, gunakan Fail Tindakan 

    terus ke proses 3.

 

Kerani Tingkatan III

3.

Hadapkan permohonan untuk tindakan selanjutnya.

 

Kerani Tingkatan II

4.

Hadapkan permohonan untuk Tandatangan bagi Kebenaran

 

Pengarah/ Timbalan Pengarah

5.

Maklumkan kebenaran kepada pemohonan dengan memberikan satu salinan

 

Kerani Tingkatan II

6.

Masukkan salinan ke dalam Fail Peribadi dan simpan Fail berkenaan

 

Kerani Tingkatan III

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  


vii.        Carta aliran kerja aktiviti-aktiviti utama

 

a.       Carta aliran kerja menggambarkan secara grafik atau gambarrajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam satu-satu aktiviti. Setiap langkah yang diambil hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat, iaitu dengan menunjukkan secara jelas dan ringkas peringkat permulaan dan peringkat selesai. Dengan adanya carta aliran akan dapat:

 

i.        Memberikan kefahaman kakitangan mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.

ii.      Menunjukkan dimana berlaku kelewatan, ‘bottle neck’ dan kerja berulang-ulang.

iii.    Menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.

 

b.      Penggunaan simbol-simbol tertentu dalam carta aliran adalah perlu disediakan selepas penyediaan proses kerja. Langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran adalah seperti berikut:

 

i.        Rujuk proses kerja akitiviti yang terlibat.

ii.      Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti tersebut.

iii.    Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan. Contoh penggunaan simbol-

      simbol di Rajah 7 dan Rajah 8 contoh Carta aliran kerja.

 

            Rajah 7:  Simbol-simbol Carta aliran yang telah ditetapkan.

 

 

 

Rajah 8:  Carta Aliran Kerja:   Permohonan Keluar Negeri Tanpa Cuti;

            Unit Pentadbiran, Bahagian Korporat dan Hal Ehwal Antarabangsa,

Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

 

 

 

 

 

viii.           Senarai Borang-borang atau rujukan-rujukan yang digunakan.

 

a.       Borang atau rujukan adalah alat pengurusan yang penting dalam pentadbiran pejabat. Borang dan rujukan dapat digunakan untuk menyimpan dan merekod maklumat-maklumat yang perlu dan mustahak dengan cara yang teratur dan sistematik.

 

b.      Penggunaan borang atau rujukan akan dapat mencapai tujuan berikut:

 

i.        Dapat menjelaskan lagi prosedur-prosedur yan diterangkan.

ii.      Semua borang atau rujukan yang digunakan oleh organisasi dapat dikumpulkan untuk rujukan.

iii.    Semua pegawai / kakitangan dapat memahami prosedur dan borang atau rujukan yang digunakan dalam menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan. (Sila lihat contoh-contoh borang atau rujukan di Lampian 1- download). 

 


 

5.

 

 


 

KESAN / IMPLIKASI

 

5.1              Antara faedah yang dipperolehi melalui penyediaan Manual Prosedur Kerja adalah untuk:

 

a.       Membantu organisasi menentukan tujuarah yang hendak dicapai selaras dengan matlamat penubuhannya.

b.      Membantu pegawai / kakitangan mengetahui secara jelas mengenai sejarah dan tujuan sesebuah organisasi dibentuk.

 c.       Memberikan panduan mengenai jenis-jenis perkhidmatan yang boleh diperolehi.

 

d.     Membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan semua pegawai serta produktiviti organisasi secara menyeluruh.

 

 


 

6.

 

 

 

 

 

 

 


 

PERLAKSANAAN

 

6.1              Manual Prosedur Kerja hendaklah disediakan sepenuhnya oleh Kementerian dan Jabatan. Setiap Kementerian dan Jabatan hendaklah juga membentuk pasukan ‘Task Force’ iaitu sama ada menggunakan ‘Action Team’, Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC), ataupun kumpulan yang bersesuaian untuk membantu dalam menyediakan panduan berkenaan.

 

6.2              Jabatan Perkhidmatan Pengurusan akan membuat pemantauan ke atas perlaksanaannya di peringkat Kementerian dan Jabatan, disamping itu juga, memberikan bantuan khidmat nasihat jika diperlukan.

 

6.3              Langkah-langkah berikut bolehlah digunakan oelh kementerian dan jabatan untuk dilaksanakan:

 

a.       Tentukan objektif kementerian dan jabatan.

b.      Sediakan carta organisasi kementerian dan jabatan.

c.       Senaraikan fungsi-fungsi utama kementerian dan jabatan.

d.      Senaraikan aktiviti-aktiviti di bawah setiap fungsi-fungsi utama.

e.       Sediakan proses kerja yang terlibat bagi tiap-tiap aktiviti.

f.        Sediakan carta aliran kerja bagi tiap-tiap aktiviti.

g.       Senaraikan semua borang atau rujukan yang digunakan.  

 


 

7.

 

 

 


 

PENUTUP

 

7.1              Penyediaan Manual Prosedur Kerja bertujuan bagi memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh mengenai sesebuah kementerian dan jabatan. Selain itu juga merupakan alat penting yang dapat membantu meningkatkan produktiviti dan efisiensi kerja pegawai dan kakitangan malahan juga kementerian dan jabatan secara menyeluruh.

 

7.2              Tindakan untuk menyediakan Manual Prosedur Kerja ini diharap akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan selaras dengan keperluannya dalam perkhidmatan awam di negara ini.

 

Dikemaskinikan pada 21-07-2005