1.
PENDAHULUAN
Panduan ini
dihasilkan adalah untuk digunakan sebagai garispandu dalam
menyediakan Kertas Teknikal bagi dibentangkan di mesyuarat ACCSM
yangmana Jabatan ini adalah selaku Urusetia dan focal point ACCSM
bagi Negara Brunei Darussalam.
2.
DEFINISI
2.1 Kertas
Teknikal ialah kertas yang membincangkan isu-isu khusus mengenai
pembaharuan dan kreativiti di dalam Perkhidmatan Awam yang telah
dilaksanakan melalui inisiatif di Negara masing-masing yang boleh
dikongsikan bersama dengan negara-negara ASEAN yang lain seperti
inovasi dalam perkembangan pengurusan latihan, di Institut
Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam; inovasi dalam
perkembangan Sumber Tenaga Manusia di Perkhidmatan Awam, Negara
Brunei Darussalam.
2.2 Kertas ini
hendaklah ada kaitan dengan tema persidangan dimana penentuan tajuk
atau tema umum akan dibuat oleh Negara yang akan menjadi tuan rumah
persidangan dan setiap Negara ASEAN hendaklah mensesuaikannya dengan
pengalaman masing-masing.
3.
FORMAT
3.1 Format
Kertas Teknikal antaranya adalah mengandungi perkara-perkara berikut:
3.1.1 Tajuk/ Topik
Tajuk/topik yang
akan dibentangkan hendaklah bersesuaian dengan tajuk umum yang
ditentukan oleh tuan rumah persidangan dan telah dipersetujui di
persidangan ACCSM yang lalu.
3.1.2 Ringkasan Eksekutif
Ringkasan Eksekutif
(Executive Summary) mengenai Kertas Teknikal tersebut hendaklah
disediakan dalam 3 - 4 muka surat, kertas A4 dan dimuatkan di muka
hadapan kertas teknikal sebenar.
3.1.3 Pendahuluan
Bahagian ini akan
mengandungi pengenalan atau latarbelakang kepada topik yang akan
dibincangkan. Ini termasuklah focus dan struktur penyampaian kertas
berkenaan serta isu-isu yang akan dibincangkan.
3.1.4 Huraian
Bahagian ini akan
menghuraikan secara terperinci mengenai isu-isu yang lazimnya
disentuh di dalam kertas teknikal ini. Huraian tersebut bolehlah
diterangkan dengan menggunakan sub-heading atau seumpamanya yang
bersesuaian. Maklumat-maklumat yang boleh dimuatkan di dalam huraian
ini antara lain termasuklah perkara-perkara seperti berikut:
¨
dasar
Kerajaan Negara Brunei Darussalam secara unmum mengenai tajuk yang
akan dihuraikan;
¨
bagaimana
isu-isu yang disentuh dalam topic berkenaan boleh menyumbangkan
kepada pembangunan penduduk dan rakyat Negara Brunei Darussalam;
¨
masalah-masalah yang timbul sebelumnya mengenai isu yang akan
disentuh;
¨
pendekatan-pendekatan/strategi-strategi menyeluruh yang telah
diperkenalkan/diusulkan (overall approach adopted) bagi mengatasi
masalah-masalah berkenaan, dan seterusnya menerangkan
penambahbaikan/pembaharuan yang telah dilaksanakan melalui
pendekatan-pendekatan/strategi-strategi baru yang diperkenalkan;
¨
Penilaian-penilaian ke atas penambahbaikan/pembaharuan hasil dari
pendekatan-pendekatan/strategi-strategi berkenaan;
¨
Sasaran
(target)/vision/matlamat akan datang yang akan dicapai/harapkan
berikutan dengan penambahbaikan/pembaharuan berkenaan. Perkara ini
boleh diperolehi melalui perbincangan dengan Setiausaha Tetap
Jabatan Perdana Menteri, pihak-pihak pengurusan kementerian/jabatan
berkaitan dengan isu ditimbulkan, idea-idea yang dibentangkan
melalui ucapan-ucapan pembesar-pembesar Negara, mesyuarat-mesyuarat
tertentu seperti Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam; dan
lain-lain, Buku Rancangan Kemajuan Negara dan Sebagainya yang
berkaitan.
Susunan paragraf
adalah mengikut maklumat yang akan disampaikan. Cara penyampaian
yang disebutkan di atas adalah yang lazimnya digunakan dalam
menyediakan kertas teknikal. Walaubagaimanapun adalah terserah
kepada penyedia untuk menyesuaikan cara penyampaian atau susunan
paragrafnya.
3.1.5 Kesimpulan / Penutup
Bahagian ini akan
mengandungi ulasan dan rumusan yang berkaitan dengan isu-isu yang
telah dihuraikan dengan focus ke arah secara menyeluruh.
3.1.6 Maklumat-Maklumat Tambahan (jika perlu)
Maklumat-maklumat
tambahan yang diperlukan bolehlah dimuatkan dengan menggunakan
lampiran-lampiran. Rujukan kepada lampiran-lampiran tersebut
hendaklah dinyatakan dalam menghuraikan isu yang dibentangkan.
4.
PENYELESAIAN KERTAS TEKNIKAL
4.1 Kertas
Teknikal hendaklah disediakan dalam tempoh yang telah ditetapkan
dalam Tekad Pemedulian Orang Ramai Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.
Kertas Teknikal tersebut hendaklah disediakan lebih kurang dalam
15-20 muka surat kertas A4. Muka hadapan (front cover) kertas
teknikal berkenaan hendaklah memuatkan perkara-perkara berikut:
4.1.1
Bilangan persidangan ACCSM, nama Negara yang akan
mengendalikannya dan tarikh.
4.1.2
Tajuk Kertas Teknikal bagi Negara Brunei Darussalam.
4.1.3
Nama penyampai dan peralatan yang diperlukan dalam
penyampaian seperti Microsoft Power Point Version 7; overhead
projector atau seumpamanya. (Arahan terkini – 1997).
4.2 Kertas
Teknikal yang selesai disediakan hendaklah terlebih dahulu
dihadapkan kepada Pengarah Perkhidmatan Pengurusan empat (4) minggu
sebelum persidangan/mesyuarat diadakan untuk penelitian.
4.3 Kertas
Teknikal yang telah dipersetujui oleh Pengarah Perkhidmatan
Pengurusan hendaklah dihadapkan ke Jabatan Perdana Menteri untuk
pengesahan dan kebenaran tiga (3) minggu sebelum persidangan
diadakan.
4.3 Pastikan
satu salinan Kertas Teknikal tersebut disimpan dalam fail bilangan
JPP/1/7/7/1 sebagai rujukan di masa akan datang.
5.
CONTOH
5.1
Contoh-contoh Kertas Teknikal bagi Negara Brunei Darussalam dan
Singapura yang telah dibentangkan di persidangan ACCSM ketujuh dan
kelapan adalah seperti di Lampiran 1.
Dikemaskinikan pada 27 Julai 2005