|
Laman Web Rasmi |
|
||||||||
![]()
|
MUKA DEPAN > PENERBITAN > SINOPSIS CSR
|
||||||||
|
Rancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam
Diperkenalkan kepada perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam pada tahun 1990; Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dipertanggungjawabkan bagi melaksanakannya; Rancangan ini telah di Titahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Hari Keputeraan Baginda ke 44 tahun pada 15 Julai 1990;
Matlamat
Untuk mengembangmaju dan mempertingkatkan lagi kecekapan, keberkesanan, produktiviti, kualiti, prestasi pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam.
Objektif
Untuk membantu Kerajaan dalam menjimatkan perbelanjaan melalui penekanan terhadap keberkesanan kos; Menambahkan hasil/sumber pendapatan negara; Meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan dan orang ramai; dan Meningkatkan lagi kecekapan, keberkesanan dan prestasi pentadbiran dan pengurusan organisasi.
Struktur organisasi; system dan prosedur; proses-proses; prestasi; dan perancangan.
Strategi-strategi perlaksanaan
Pembentukan Kumpulan Tindakan/Kumpulan Pengurusan/Kumpulan Pelaksana di setiap kementerian dan jabatan; Perkongsian ide dan menumpukan consensus dalam apa jua penelitian (idea sharing dan concensus building); Penggunaan kaedah Performance Improvement Planning (PIP) dan/atau lain-lain kaedah yang bersesuaian; Membuat tindakan susulan (follow-up) dan tindakan seterusnya (follow-through) ke atas projek yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat; Menyediakan dan menggunakan maklumat terkini; dan Membuat lawatan/pemeriksaan.
Mekanisma perlaksanaan
Melibatkan semua Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan; Kumpulan Tindakan/ Kumpulan Pengurusan/ Kumpulan Pelaksanan di setiap kementerian/jabatan; Jabatan Perkhidmatan Pengurusan; Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JPPA).
Faktor-faktor membantu kejayaan perlaksanaan
Sokongan dan komitmen yang padu, serius dan berterusan; Penglibatan sepenuhnya agensi-agensi terlibat dalam mekanisme perlaksanaan; Penganugerahan insentif pengiktirafan; Semangat bekerjasama; Penentuan tugas/tanggungjawab; Pengawasan pengurusan; Penyertaan pegawai dan kakitangan; Pemantauan berterusan; Latihan bersesuaian; Khidmat pakarrunding.
Maklumat lanjut sila rujuk kepada Panduan Rancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam, cetakan ke 2, 2005 oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Bahirah, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.Telefon 2382064/65/66/67; Faksimili 2382062; email msd@brunet.bn or info@msd.gov.bn.
|
|||||||||
|
|
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||