|
Laman Web Rasmi |
|
||||||||
![]()
|
MUKA DEPAN > PENERBITAN > SINOPSIS WAWASAN PERKHIDMATAN AWAM ABAD KE-21
|
||||||||
|
Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21
Diperkenalkan kepada perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam pada tahun 2000; Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dipertanggungjawabkan bagi perlaksanaannya; Penelitian oleh Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan dalam Perkhidmatan Awam iaitu Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam, Perjumpaan Bulanan Setiausaha-setiausaha Tetap, Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet, Jawatankuasa Khas. DiTitahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa hari keputeraan Baginda ke 54 tahun pada 15 Julai 2000.
Keadaan masa akan datang yang tidak dapat dipastikan; Kehendak dan kesan globalisasi; Ketahanan dan daya saing; Ekspektasi yang meningkat.
Untuk mendokong hasrat Negara yang diTitahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena pemasyhuran kemerdekaan pada 1 Januari 1984; Untuk memberikan tujuarah dan fokus; Untuk dijadikan sumber rujukan dan asas panduan; Untuk dijadikan sebagai landasan(platform); Untuk dijadikan sebagai galakan kepada anggota perkhidmata awam.
Wawasan
Untuk menjadikan perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam yang sentiasa membangun dan berusaha dengan gayanya tersendiri menurut calak Islam dalam persekitaran yang sihat dan selamat dibawah inayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wataala.
Mewujudkan perkhidmatan awam yang mempunyai iltizam untuk memberi khidmat bakti, berkualiti, berkesan, cemerlang, berakhlak dan beretika di dalam pentadbiran Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sehingga berjaya melahirkan negara aman makmur dan mendapat keampunan dan berkat dari Allah Subhanahu Wataala.
Peranan Perkhidmatan Awam Dalam Melaksanakan Wawasan
Meneruskan peranan tradisi perkhidmatan awam iaitu pemelihara keamanan; penguatkuasa undang-undang; pengawalatur; dan penyediaan perkhidmatan.
Bagaimanapun perkhidmatan awam diperlukan lagi memainkan peranan berikut sesuai dengan kepesatan pembangunan negara dan meningkatnya jangkaan orang ramai terhadap Kerajaan. Peranan-peranan berkenaan ialah sebagai pemudahcara, pengembangmaju dan pembawa pembaharuan, dan pemikir.
Dasar, Struktur Organisasi, dan Pelakuan Organisasi. Integrasi berterusan ketiga-tiga fokus ini penting bagi mencapai Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21.
Strategi pengurusan yang digunakan dalam melaksanakan Wawasan ini
Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam; Perancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam; Penelitian Semula Ke Atas Undang-Undang dan Peraturan-peraturan; Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC); Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR); Pembangunan Sumber Manusia; Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA); Lain-lain strategi kea rah penambahbaikan dan pembaharuan perkhidmatan awam.
Jawatankuasa/kementerian/jabatanyang terlibat iaitu Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee – Perjumpaan Bulanan Setiausaha-Setiausaha Tetap); kementerian dan kumpulan kerjanya; jabatan dan kumpulan kerjanya; Jabatan Perdana Menteri; dan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.
Conceptual framework/integration usaha-usaha pentadbiran dan pengurusan di dalam perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam seperti di dalam Panduan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21.
Ekspektasi yang dijangkakan dari kementerian dan jabatan mengenai perlaksanaan Wawasan
Sokongan, usaha dan amalan sepadu dan berterusan dari semua kementerian dan jabatan dan semua lapisan masyarakat; Perubahan minda dan sikap; Tindakan proaktif kementerian dan jabatan untuk meneruskan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan bagi kementerian dan jabatan masing-masing; Penyebarluasan dan penghayatan yang berterusan oleh Setiausaha-setiausaha Tetap/ Ketua-ketua jabatan/ Ketua-ketua cawangan/ bahagian/ unit.
Maklumat lanjut sila rujuk kepada Panduan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21, terbitan 2006 oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Bahirah, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.Telefon 2382064/65/66/67; Faksimili 2382062; email msd@brunet.bn or info@msd.gov.bn.
|
|||||||||
|
|
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||