Laman Web Rasmi

Versi Inggeris

 

 

MUKA DEPAN  > STRUKTUR ORGANISASI

 

Jumlah Pegawai/Kakitangan = 52 orang

 

[Sila Browse ke bawah untuk melihat bidang tugas Bahagian/ Unit]

1.

 

BAHAGIAN KORPORAT DAN HAL EHWAL ANTARABANGSA
 

 

Mengendalikan hal ehwal pentadbiran kewangan dan kakitangan jabatan, ICT jabatan serta hal ehwal antarabangsa disamping memberi khidmat bantuan kepada bahagian-bahagian lain dalam urusan pentadbiran Jabatan.

 

  Unit Pentadbiran
 

i - Mengendalikan hal ehwal kakitangan dan kewangan Jabatan;

ii- Memberikan khidmat sokongan kepada bahagian-bahagian/ unit-unit lain dalam Jabatan;

iii- Mengendalikan kerja-kerja PRO bagi Jabatan;

iv- Menyediakan, menyelaras dan memantau program latihan pegawai dan kakitangan jabatan; dan

v- Memastikan perlaksanaan program-program pembaharuan dan penambahbaikan dalaman Jabatan seperti MPK, TPOR, KKC dan lain-lain lagi.

 

  Unit ICT
 

i- Mentadbir dan memelihara hal-hal berkaitan dengan komputer dan sistem-sistem Jabatan;

ii- Mengenalpasti keperluan ICT Jabatan (termasuk peruntukan/ perbelanjaan);

iii- Mengendalikan e-kerajaan Jabatan;

iv- Menyediakan laporan-laporan/ kertas-kertas kerja yang berkaitan dengan ICT jabatan; dan

v- Pemantauan dan pemeliharaan Rangkaian Komputer Jabatan dan peralatan-peralatan ICT.

 

 

  Unit Pendokumentasian dan Hal Ehwal Antarabangsa
 

i- Mengendalikan hal-hal pembukuan dan pendokumentasian termasuk merekabentuk dan mem'bind' projek-projek / kertaskerja-kertaskerja yang dikeluarkan oleh Jabatan;

ii- mengendalikan pentadbiran dan pengurusan khutubkhanah Jabatan;

iii- Pemberigaan maklumat termasuk pengemaskinian sudut info Jabatan; dan

iv- Mengendalikan pentadbiran urusan-urusan yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa sama ada dalam bentuk dua hala atau berbagai hala

v- Menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti dan persuratan-persuratan bagi Negara Brunei Darussalam (penyediaan kertaskerja-kertaskerja bagi persidangan dan pemesyuaratan akan dikendalikan oleh bahagian / unit lain dimana berkenaan iaitu tertakluk kepada isu-isu yang ditimbulkan).

 

2.

 

BAHAGIAN DASAR DAN KEMAJUAN PENGURUSAN

 

 

Mengkaji, memantau dan mengemaskan dasar-dasar dan program-program pengurusan kearah penambahbaikan dan pembaharuan dengan tujuan meningkatkan kecekapkan, produktiviti da keberkesanan keseluruhan Perkhidmatan Awam.

 

  Unit Perancangan
 

Mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan dengan penelitian dan perancangan dasar / isu-isu / senario pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.

 

  Unit Wawasan Perkhidmatan Awam Abad ke-21
 

Menyelaras dan memantau serta mengemukakan cadangan kearah menggiatkan lagi perlaksanaan wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke-21.

 

 

Unit Pembaharuan

  Mengendalikan kerja-kerja penelitian dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan pengurusan perubahan dalam perkhidmatan Awam (makro) termasuk pengendalian kerja-kerja urusetia kepada Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

 

3.

BAHAGIAN PERKEMBANGAN ORGANISASI

   

Mengkaji dan meneliti struktur, fungsi dan perlakuan organisasi supaya dapat berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan kearah pencapaian visi, matlamat dan objektif yang ditetapkan.

 

   
 

Unit Strategi Organisasi

 

Mengendalikan kajian / penelitian yang berkaitan dengan Pengurusan Strategi dan Prestasi Organisasi.

   
  Unit Perlakuan Organisasi
 

Membuat kajian terhadap hubungan manusia dan budaya dalam organisasi (mikro).

 

4.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN PRODUKTIVITI DAN KUALITI

 

 

Mengkaji, memantau dan mengemukakan dasar-dasar dan program-program pengurusan kearah penambahbaikan dan pembaharuan dengan tujuan meningkatkan kecekapan, produktiviti dan keberkesanan keseluruhan Perkhidmatan Awam.

 

  Unit Produktiviti dan Kualiti
 

Mengendalikan kajian-kajian dan usaha-usaha yang berkaitan dengan peningkatan produktiviti dan kualiti kerja dalam Perkhidmatan Awam seperti Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC), dsb.

 

  Unit Sistem Pengurusan
 

Mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan dengan penambahbaikan dan pembaharuan sistem, proses dan prosedur dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam seperti ISO 9001, MPK, Manual Prosedur Kerja, penandaarasan, dsb.

 

 

Unit Inovasi

  Mengendalikan skim-skim pengiktirafan, penghargaan dan penganugerahan dalam Perkhidmatan Awam seperti Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA), ISO 9000 dan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR), dsb.

 

5.

 

BAHAGIAN AUDIT PENGURUSAN

 

 

Memproses aduan-aduan orang ramai mengenai perkhidmatan kerajaan dan mengadakan pemeriksaan keatas kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan serta seterusnya memastikan langkah-langkah pembaikan dilaksanakan terhadap perkhidmatan yang disampaiakn.

 

  Unit Aduan
 

i- Memproses dan memantau aduan-aduan yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan Kementerian dan Jabatan kepada orang ramai; dan

ii- Membuat pemeriksaan dan menyediakan laporan-laporan yang berkaitan dengan aduan-aduan berkenaan.

 

 

Unit Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR)

i- Memantau dan seterusnya mengadakan pemeriksaan-pemeriksaan secara proaktif dalam pengendalian TPOR;

ii- Memberikan khidmat nasihat dalam perlaksanaan TPOR; dan

iii- Mengemukakan projek / program bagi mempertingkatkan penghayatan dan keberkesanan perlaksanaan TPOR di Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

 

 

Unit Inspektorat

i- Mengendalikan kerja-kerja pengauditan terhadap projek-projek / program-program 'service-wide' yang diperkenalkan oleh Jabatan seperti TPOR, MPK dan prestasi pengurusan; dan

ii- Menyelaras dan menyediakan laporan tahunan pencapaian kementerian dan jabatan dalam Perkhidmatan Awam.

   

Misi : Memastikan penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Perkhidmatan Awam efisien, efektif dan berkualiti.

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||