Laman Web Rasmi

Versi Inggeris

 

MUKA DEPAN > LAMAN BAHAGIAN  > BAHAGIAN DASAR DAN KEMAJUAN PENGURUSAN

 

 

 

Bahagian Dasar dan Kemajuan Pengurusan 

  Keterangan

  Dasar

  Kemajuan Pengurusan

 

Bidang Rujukan/Tumpuan

 

  Unit Perancangan

   Tumpuan

    Tugas-tugas yang dikendalikan oleh unit ini antaranya:

 

  Unit Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21

   Tumpuan

   Tugas-tugas yang dikendalikan oleh Unit ini antaranya:

   

  Unit Pembaharuan

  Tumpuan

  Tugas-tugas yang dikendalikan oleh Unit ini antaranya:

 

 

 

 


 

Bahagian Dasar dan Kemajuan Pengurusan

 

Keterangan

 

Pada umumnya Bahagian ini akan membuat pengkajian dan mengemukakan cadangan keatas dasar-dasar/isu-isu/program-program makro iaitu dasar-dasar/isu-isu/program-program yang mempunyai impak kepada pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam secara keseluruhan. Teknik-teknik pengurusan yang bersesuaian dan berkenaan akan digunakan dalam proses penelitian dan pengkajian keatas dasar-dasar/isu-isu/program-program tersebut.

 

Dasar

 

Mengkaji dan memperkenalkan dasar-dasar baru yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam jika perlu;

 

Mengenalpasti dan mengemukakan cadangan bagi memperbaiki dasar-dasar yang digunakan di dalam pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

 

Kemajuan Pengurusan

 

Membuat penilaian keatas perkembangan dan kemajuan pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam melalui penganalisaan keatas program-program serta usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan seterusnya mengemukakan cadangan mengenainya.

 


 

Bidang Rujukan/Tumpuan

 

Untuk mengkaji dan mengemukakan cadangan keatas dasar-dasar dan program-program pentadbiran dan pengurusan kearah penambahbaikan dan pembaharuan dengan tujuan meningkatkan kecekapan, produktiviti dan keberkesanan keseluruhan perkhidmatan awam.

 

Bahagian BDKP mempunyai 3 Unit iaitu Unit Perancangan, Unit Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21, dan Unit Pembaharuan.

 

Unit Perancangan

 

Mengendalikan kerja-kerja penelitian dan perancangan yang berkaitan dengan dasar-dasar/isu-isu/program-program pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam secara makro.

 

Tumpuan

 

Dasar-dasar/isu-isu/program-program pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam.

 

Tugas-tugas yang dikendalikan oleh unit ini antaranya:

 

Mengumpul dasar-dasar/haluan perkhidmatan awam antaranya dari Titah-Titah KDYMM/surat-surat keliling Jabatan Perdana Menteri/Kementerian Kewangan/Jabatan Perkhidmatan Awam;

 

Mengenalpasti dasar-dasar/isu-isu/program-program pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam yang perlu diwujudkan dan juga yang perlu diteliti semula. Sumber-sumber seperti aduan orang ramai yang MSD terima; Laporan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21; Laporan Tahunan kementerian/jabatan; dan lain-lain sumber yang bersesuaian akan digunakan;

 

Menyelaras dan menyediakan Laporan Tahunan setiap kementerian dan jabatan;

 

Menyediakan dan membentangkan kertas konsep/kertas cadangan mengenai dasar-dasar/isu-isu/program-program yang dikenalpasti kepada Jawatankuasa Pengurusan MSD dan jika dipersetujui seterusnya Ke JPPA dan agensi-agensi berkenaan iaitu sebelum penelitian lanjut dibuat oleh Unit Wawasan, Unit Pembaharuan dan Bahagian-bahagian lain di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan atau agensi-agensi lain dalam Perkhidmatan Awam.

 

Unit Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21

 

Menyelaras, memantau dan mengemukakan cadangan kearah menggiatkan dan memperbaiki lagi perlaksanaan Wawasan Perkhidmatan Awam di kementerian dan jabatan.

 

Tumpuan

 

Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21

 

Tugas-tugas yang dikendalikan oleh Unit ini antaranya:

 

Mengambil tindakan keatas penemuan-penemuan Unit Perancangan;

 

Memantau perlaksanaan Wawasan disetiap kementerian dan jabatan yang diperolehi melalui 1) Perjumpaan Bulanan Setiausaha-setiausaha Tetap 2) Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mengenainya;

 

Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitannya dengan kementerian/jabatan;

 

Mengemukakan cadangan bagi memperbaiki dan menggiatkan lagi perlaksanaan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21.

 

Unit Pembaharuan

 

Mengendalikan kerja-kerja penelitian, pemantauan dan mengemukakan cadangan berkaitan dengan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan atau Rancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam termasuk mengendalikan kerja-kerja Urusetia kepada Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JPPA).

 

Tumpuan

 

Usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan atau Rancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam.

 

Tugas-tugas yang dikendalikan oleh Unit ini antaranya:

 

Mengambil tindakan keatas penemuan-penemuan Unit Perancangan;

 

Mengenalpasti seterusnya menyediakan laporan mengenai usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan yang diungkayahkan oleh kementerian/jabatan melalui Borneo Bulletin, Pelita Brunei, laporan Tahunan setiap kementerian dan jabatan dari bidang usaha/program pembaharuan/penambahbaikan serta lain-lain sumber yang bersesuaian;

 

Mengemukakan cadangan bagi mempergiatkan kementerian/jabatan melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan. Berkaitan itu, Bahagian-bahagian lain dalam Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dijangka akan dapat membantu kementerian/jabatan berkenaan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan Bahagian masing-masing;

 

Melaksanakan tugas-tugas Urusetia bagi JPPA termasuk memantau perlaksanaan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan yang dipersetujui JPPA/menyampaikan taklimat/menyediakan kertas konsep/kertas kerja/ laporan/ seumpamanya iaitu bagi perkara-perkara yang termasuk di dalam skop tugas dan tanggungjawab Bahagian Dasar dan Kemajuan Pengurusan dan diluar bidang Bahagian-bahagian di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan juga agensi-agensi lain.

 

Misi : Memastikan penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Perkhidmatan Awam efisien, efektif dan berkualiti.