|
Petikan-Petikan Titah
1. “Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan, beta ingin mengulangi supaya akan sentiasa
memberikan pemedulian kepada orang ramai dan mengamalkan sikap bersopan
santun dan memberikan layanan kepada aduan-aduan atau masalah-masalah itu.”(Di Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan
Bintang-Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Baginda ke-42 pada 15
Julai 1998 di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman)
2.
“Pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan hendaklah sentiasa memberikan
pemedulian kepada orang ramai dengan mengamalkan sikap tidak ‘camah mata’
dan ‘berat mulut’ apabila melihat orang ramai datang ke
pejabat-pejabat mereka bagi mendapatkan sesuatu penerangan atau perkhidmatan.”
(Semasa lawatan Baginda ke Jabatan Kerja Raya dan
Jabatan Kemajuan Perumahan pada 21 Jun 1989)
3. “Kerana di samping ingin melihat pemberian perkhidmatan kepada orang ramai di negara
ini supaya dilakukan dengan cekap dan berkesan serta penuh dengan
sifat-sifat pemedulian dan bersopan santun oleh kakitangan kerajaan di dalam
petadbiran akan digunakan dengan optima, manakala matlamat asal peruntukan
itu dapat dicapai dengan jayanya dan seterusnya mencegah amalam kurang
berjimat cermat.”
(Di Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan
Bintang-Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Baginda ke-44 pada 15
Julai 1990 di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman)
4.
44. “Dalam pentadbiran, kita mesti jujur, efisen, adil dan bersih, juga teerbuka dan
sensitif dengan mengambil berat terhadap kepentingan-kepentingan umum.
Kerana itulah, langkah telah diambil untuk kementerian-kementerian dan
jabatan-jabatan kerajaan serta agensi-agensi dibawahnya supaya mengamalkan
Tekad Pemedulian Orang Ramai.”
(Di Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan
Bintang-Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Baginda ke-53 pada 15 Jlai
1999 di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman)
5.
“Perkhidmatan Awam bertugas untuk memudahcara dan memenuhi keperluan orang
ramai pula, akan menerima perkhidmatan itu sambil menunaikan tanggungjawab
selaku rakyat yang baik; yang kaya dengan cintakan negara.”
(Di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-10
pada 4 Oktober 2003 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas)
6. “Dari pengamatan Beta, tahap kualiti perkhidmatan di beberapa agensi kerajaan yang
berkaitan adalah masih perlu ditingkatkan. Malah ianya mestilah dijadikan
perkara utama. Mengapa Beta katakan demikian? Kerana perkhidmatan yang
berkualiti tinggi itulah sahaja yang boleh memuaskan hati orang ramai seaku
pelanggan. Ianya juga merupakan antara krteria utama bagi menentukan
kejayaan serta kecemerlangan sesebuah agensi atau organisasi itu.”
(Sempena Menyambut Tahun Baru Masehi 2004)
|